Kelas SLS NADI Mahir Foto – Gambar Estetik Gaya VSCO

4 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2026, Kelas SLS NADI Mahir Foto – Gambar Estetik Gaya VSCO telah dilaksanakan dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di NADI Kampung Surau. Kelas ini merupakan sebahagian daripada program NADI Mahir Foto yang memberi pendedahan kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran fotografi dan penghasilan gambar menggunakan peranti digital.

Sepanjang kelas, peserta didedahkan kepada penghasilan gambar estetik gaya VSCO, dengan memberi penekanan kepada kreativiti dalam menghasilkan visual yang lebih menarik dan mempunyai identiti tersendiri. Peserta turut diberi peluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari bagi menghasilkan gambar dengan gaya visual yang lebih kemas, menarik dan estetik.

Pelaksanaan kelas ini dapat meningkatkan kreativiti serta kemahiran digital peserta dalam bidang fotografi. Program NADI Mahir Foto juga menjadi salah satu platform pembelajaran sepanjang hayat yang membantu komuniti menguasai kemahiran digital secara praktikal, sekali gus memperkukuh peranan NADI dalam memperkasa komuniti melalui teknologi dan kreativiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali